Ini adalah paparan halaman utama tempahan atas talian bagi Champion Badminton Courts Miri. Dalam pararan ini, anda boleh semak kekosongan gelanggang dan membuat tempahan secara terus. 

Paparan Tempahan
A
Butang tukar tarikh paparan
B (SPACES) Butang tukar paparan dewan
C (< >) Butang tukar paparan gelanggang
D Ruangan gelanggang
E Gelanggang kosong
F Gelanggang ditempah
G (+) Butang tempahan secara terus

Panduan Tempahan Champion Badminton Courts

Langkah 1: Setelah selesai semak kekongsongan gelanggang yang diingini, tekan butang (+) untuk membuat tempahan. Anda juga boleh tekan ruangan gelanggang kosong dan seterusnya tekan butang (Book) untuk membuat tempahan pada masa bermula yang ditetapkan.  

Bagi pengguna sedia ada, sila log masuk terdahulu sebelum membuat tempahan. 

Langkah 2: Untuk pengguna baru, sila isikan e-mel yang sah untuk tujuan pendaftaran pengesahan. Sila semak e-mel anda selepas membuat tempahan. Pengguna sedia ada yang telah log masuk boleh melangkau langkah ini.

Langkah 3: Sila isikan maklumat yang diperlukan. Anda boleh kemas kini tarikh, masa, jangka masa, dan gelanggang tempahan dalam paparan ini. Bagi pengguna baru, sila isikan maklumat peribadi untuk tujuan pengesahan. 

Maklumat Tempahan
H Tarikh tempahan
I Masa mula tempahan
J Masa akhir tempahan
K Ruang gelanggang ditempah
L Pilihan bayaran (Anda boleh buat bayaran secara atas talian atau di kaunter)


Langkah 4: Dalam paparan yang sama, tatal ke bawah untuk melihat harga tempahan dan maklumat perubahan atau pembatalan. Anda boleh membuat perubahan atau pembatalan secara terus 6 jam sebelum masa tempahan yang ditetapkan. Sila rujuk Panduan Perubahan/Pembatalan di bawah halaman ini untuk maklumat lanjut. 

Tekan butang (Confirm) untuk mengesahkan tempahan anda. 

Langkah 5: Setelah tempahan berjaya, tempahan anda akan dipaparkan dalam halaman utama tempahan Champion Badminton Courts dengan nama anda. Pengesahan tempahan juga akan dihantar ke email anda. Selamat mencuba!

Panduan Perubahan atau Pembatalan

Anda boleh buat perubahan atau pembatalan atas tempahan anda secara layan diri sekiranya tempoh masa dengan permulaan tempahan adalah melebihi 6 jam. Anda boleh buat sedemikian dengan log masuk terdahulu dan semak tempahan anda di paparan halaman utama. 

Tekan butang ( ˅ ) di sudut kanan atas nama tempahan anda.

Seterusnya, tekan (Edit your booking) untuk mengubahkan tempahan anda, atau tekan (Cancel your booking) untuk membatalkan tempahan anda.